Mukadimah Kami..Untuk Anda..

AMALAN 5S


 


AMALAN 5S

Amalan 5S merupakan landasan utama budaya EKSA. 5S adalah singkatan daripada perkataan  bahasa  Jepun  iaitu  Seiri,  Seiton,  Seiso,  
Seiketsu   dan  Shitsuke.


Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, akan membawa maksud seperti yang dinyatakan di bawah:




    SISIH

Tumpuan diberikan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.

Aktiviti sisih yang dijalankan oleh unit CSSU pada 22.10.2016


 

Aktiviti sisih yang dijalankan oleh Unit Pemulihan Cara Kerja pada 22.10.2016


Aktiviti sisih yang dijalankan oleh unit fisioterapi pada 22.10.2016



Aktiviti sisih pula melibatkan :

Ø Item yang tiada nilai dan senang dibuang, perlu dibuang segera.

Ø Item yang ada nilai tetapi tidak digunakan dan tiada kegunaan pada masa akan datang, maka perlu dihapuskan atau dijual mengikut prosedur.

Ø Item yang tiada nilai tetapi melibatkan kos pelupusan tinggi, maka kaedah atau kos yang paling rendah, perlu ditentukan.

    
SUSUN


Ø Amalan ini merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”.

Ø Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan  dan selamat.


  


Penyusunan semula pamphlet senaman agar lebih kemas dan teraturpada 22/10/2016.

   


Aktiviti mengemas dokumen-dokumen pada meja serbaguna di unit fisioterapi agar lebih tersusun dan mudah di ambil. Aktiviti ini dilakukan pada hari gotong royong EKSA iaitu 22/10/2016.




Aktiviti ini melibatkan:

Ø Item yang disusun dalam aturan First-Expiry-First-Out (Luput Dulu Keluar Dulu) jika mempunyai tarikh luput. Jika item tidak mempunyai tarikh luput ATAU  item mempunyai tarikh luput yang sama, maka aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu Keluar Dulu) akan digunakan.

Ø Item yang dilabelkan dengan nama dan nombor indeks.

Ø Item yang disimpan mengikut kategori.

Ø Item yang diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat.

Ø Semasa bekerja, kedudukan fail aktif dan bahan rujukan yang digunakan, adalah di atas meja. Selepas digunakan, ia perlu disimpan kembali ke tempat asal.






 

SAPU


Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja.









Ø Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja.

Ø Setiap ruang dan peralatan dibersihkan dar sebarang kekotoran. Jika berlaku kerosakan, tindakan penyelenggaraan akan dijalankan dengan segera

Aktiviti ini:

Ø Menetapkan pemilik (ownership) bagi setiap ruang, perkakas dan mesin.

Ø Memastikan    proses    pembersihan   dijalankan  
mengikut   jadual   yang   telah ditetapkan.
     
Ø Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.



2.    SERAGAM

Piawaian persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat kerja bersih dan teratur sepanjang masa.




Penyimpanan dan susun atur barang perlu dibuat lebih

sistematik dan seragam bagi memudahkan pencarian
    



    SENTIASA AMAL




Tindakan yang diambil adalah mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempergiatkan amalan EKSA.

Aktiviti ini melibatkan:

      -      Audit dalaman dilakukan secara berkala


·           Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan.

·           Mewujudkan   sistem    pengiktirafan   dan   penghargaan   kepada   usaha   yang ditunjukkan oleh warga hospital.
·           Mengadakan program kesedaran EKSA secara berterusan melalui latihan.
 


 

No comments:

Post a Comment

Copyright 2016 - 2018 : Eksa Zon Merbah Hospital Tapah - All Right Reserved