A. TUJUAN EKSA
Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem
Kondusif Sektor Awam (EKSA) Versi 1/2016 merupakan bahan rujukan bagi
pempiawaian tindakan untuk mengekalkan kebersihan, kekemasan dan keselamatan
hospital. Garis panduan ini penting bagi menyelaraskan semula serta membuat
penambahbaikan terhadap aktiviti amalan EKSA yang sedia ada di kalangan warga
Hospital Tapah agar persekitaran kerja yang kondusif dapat dikekalkan. Umumnya,
pelaksanaan EKSA masih tertakluk kepada kesesuaian peringkat zon sesuatu
jabatan / unit di hospital ini.
B. LATAR BELAKANG EKSA
EKSA telah mula diamalkan di Hospital
Tapah secara rasmi pada 2016. Budaya persekitaran kerja yang berkualiti,
sistematik dan praktikal, dapat dijadikan sebagai satu amalan. Kos operasi
dapat dijimatkan apabila pembaziran masa dan ruang dikurangkan.
Antara faktor yang berpotensi menyumbang ke arah
pemantapan budaya EKSA Hospital Tapah adalah:
i. Sokongan dan komitmen yang diberikan oleh pihak
pengurusan hospital
ii. Struktur pengurusan EKSA yang cekap dan berkesan
iii. Pendidikan dan latihan kepada warga hospital
iv. Komunikasi yang berkesan di kalangan warga hospital
v. Pelan pelaksanaan yang mantap
vi. Perkongsian amalan baik EKSA
No comments:
Post a Comment