Mukadimah Kami..Untuk Anda..

3 April 2017

LATAR BELAKANG ZON MERBAH


       LATAR BELAKANG ZON MERBAH



      ZON MERBAH merupakan nama yang diambil daripada Burung Merbah Jambul Hitam. Burung Merbah Jambul Hitam adalah salah satu daripada jenis yang boleh didapati di Malaysia. Nama sains untuk burung ini  ialah Pycnonotus melanicterus .





     
Burung Merbah ini dipilih sebagai nama untuk Zon EKSA ini kerana ingin mencontohi semangat berkumpulannya yang sangat kuat untuk sama-sama bekerjasama dalam menyediakan sarang untuk tempat tinggal mereka.

       Disamping itu , sikap rajinnya untuk mengumpulkan makanan sesama keluarga juga ingin kami contohi agar Zon Merbah ini dapat bekerjasama dan saling membantu ketika menjalankan EKSA di Zon kami.
     

No comments:

Post a Comment

Copyright 2016 - 2018 : Eksa Zon Merbah Hospital Tapah - All Right Reserved